Saturday, 26 March 2016

Keizinan-MU TIADA PERNAH SALAH

Saya suka tgok pic nie, daun dah terlampau kering. . . . . tp? ia xgugur ke tanah lg :'(, Allah dah tahu setiap helaian daunan yg berguguran di muka buminya. jika sampai waktu yg TEPAT ia pasti gugur juga :') atas IZIN ALLAH. mcm tue juga kehidupan kita :')

Keizinan-MU YA ALLAH, tiada cepat.. tiada lambat... sampai waktu yang TEPAT.. segala2nya ENGKAU AKAN HAMPARKAN buat hamba..

Keizinan-MU mengatasi segala2nya..

Merekalah mengajarku erti KESABARAN

Setiap pertemuan itu pasti ada hikmah, mereka mengajarku menjadi seorang yang kuat, dan tabah dan pelbagai2 lagi..

Senyuman mereka..
Doa mereka..
Bicara mereka..

Aku amat menyayangi mereka...
Setiap detik aku berdoa, suatu masa nanti mereka akan berbakti kepada agama dan bangsa..

Terimbau satu ayat yang Allah pinjamkan buat diri ini...

Suatu ketika ada seorang bos sedang melihat 3 orang tukang buruh (A, B dan C) sedang membina sebuah rumah (pembinaan itu pada asas), dan si bos bertanya kepada si buruh berkenaan itu awak sedang buat apa pada si buruh A, siburuh A pun menjawab saya sedang susun batu bata, manakala ketika si bos bertanya kepada siburuh B ia menjawab dia sedang memasang tiang, dan ketika bertanya pada siburuh ke C apa yang sedang kamu lakukan? Siburuh C dengan YAKINNYA MENJAWAB BOS SAYA SEDANG MEMBINA SEBUAH BANGUNAN YANG AMAT BESARRR! Biarpun ketika itu bangunan itu tidak kelihatanpun tapaknya lagi, dan siburuh C ini sedang mencairkan simen bangunan..

I have a mission.. Biarpun ketika manusia biasa melihatku sedang melakukan pekerjaan seperti mencuci najis bayi, sering terkena muntah bayi, AKU YAKIN AKU SEDANG MEMBINA PEMIMPIN MASA HADAPAN!
kerana aku tidak mahu menjadi manusia biasa itu... IZINKAN AKU MENJADI MANUSIA LUAR BIASA YANG ALLAH IZINKAN PADA PERTEMUAN ITU..

Teacher amat menyayangi kalian hanya kerana Allah.